SHANGHAI, 21 OKT – China telah menyiapkan pembinaan pusat data bawah air (UDC) pertama di dunia yang dikuasakan oleh tenaga angin di Perbandaran Shanghai hari ini, sekali gus menetapkan penanda aras baharu bagi pembangunan infrastruktur pengkomputeran hijau.
Terletak di Kawasan Khas Lin-gang di Zon Perdagangan Bebas Perintis China (Shanghai), projek UDC itu menerima pelaburan sebanyak 1.6 bilion yuan (kira-kira AS$226 juta) dan mempunyai jumlah kapasiti tenaga seba-nyak 24 megawatt, menurut jawatankuasa pentadbiran kawasan berkenaan.
Berbanding pusat data tradisional di darat, projek itu direka bentuk untuk menggunakan lebih 95 peratus tenaga hijau, sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 22.8 peratus, serta penggunaan air dan tanah masing-masing sebanyak 100 peratus dan lebih 90 peratus.
Jawatankuasa pentadbiran berkata penyiapan projek itu menandakan satu kejayaan dalam pembangunan bersepadu UDC dan tenaga boleh diperbaharui luar pesisir. – Bernama


