Thursday, October 10, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    China siap sedia hadapi Taufan Bebinca

    SHANGHAI, 15 SEPT – Semua penerbangan di dua lapangan terbang utama Shanghai dibatalkan hari ini ketika pihak berkuasa di bandar besar China itu bersiap sedia menghadapi taufan kuat yang membawa angin kencang dan hujan lebat.

    Taufan Bebinca dijangka melanda kawasan pesisir pantai timur China yang padat dengan penduduk antara malam ini dan pagi esok, menurut kementerian pengurusan bencana Beijing.

    Penyiar negara, CCTV melaporkan bahawa semua penerbangan di dua lapangan terbang utama Shanghai akan dibatalkan mulai jam 8 malam pada Ahad (1200 GMT) disebabkan oleh ribut tersebut.

    “Terjejas oleh Taufan Bebinca, kapasiti trafik di lapangan terbang Pudong dan Hongqiao Shanghai telah berkurangan hari ini,” kata CCTV.

    “Perubahan penerbangan di dua lapangan terbang utama akan segera diumumkan kepada orang ramai selaras dengan kesan taufan,” katanya.

    Kementerian pengurusan bencana berkata dalam satu kenyataan kelmarin bahawa Bebinca akan menyebabkan hujan ‘lebat hingga sangat lebat’ dengan ‘hujan ribut setempat atau ekstrem’ antara hari ini dan Selasa.

    Pegawai mengadakan mesyuarat kelmarin untuk ‘meneliti dan mengerahkan kerja-kerja kawalan banjir dan taufan di kawasan-kawasan utama’, katanya.

    Kedatangan Taufan Bebinca dijangka berlaku semasa cuti umum Festival Pertengahan Musim Luruh. – AFP

    Bot nelayan berlabuh di pelabuhan di Zhoushan, di wilayah timur Zhejiang, China menjelang ketibaan Taufan Bebinca kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda