BEIJING, 10 OKT – Pejabat Penerangan Dewan Negara China menyiarkan kertas putih bertajuk The Belt and Road Initiative: A Key Pillar of the Global Community of Shared Future, hari ini.
Kertas putih itu antara lain menyentuh mengenai visi komuniti berkongsi nasib sesama insan yang dikemukakan Presiden China, Xi Jinping pada Mac 2013 serta gagasan ‘Jalur Ekonomi Jalan Sutera’ dan ‘Laluan Sutera Maritim Abad ke-21’ yang masing-masing diketengahkan pada September dan Oktober tahun yang sama.
Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) itu menyediakan wadah untuk mempraktikkan usaha ke arah membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Melalui usaha bersama pelbagai pihak sepanjang sedekad lalu, inisiatif BRI diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan dipraktikkan di peringkat antarabangsa sehingga membuahkan hasil yang sungguh memberangsangkan. – Bernama
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/10/P11-E-web-Freepik_11102023.jpg)