BEIJING, 9 Feb – Pihak berkuasa China sedang menyiasat sebuah bankuet yang mana para pegawai kerajaan mungkin telah memakan tenggiling yang mana ia adalah spesis terancam yang dianggap mamalia yang paling banyak diperdagangkan di dunia, selepas kisah hidangan makanan itu dimasukkan ke dalam media sosial yang mengundang kemarahan.
Sisik coklat binatang itu yang memiliki protein keratin, bahan sama seperti kuku, tetapi begitu berharga di Vietnam dan China yang mana tanggapan bahawa ia memiliki khasiat ubat adalah mengelirukan.
Polis sedang menyiasat sama ada ‘tenggiling bersisik’ benar-benar dimakan pada satu bankuet di wilayah selatan, Guangxi, lapor agensi berita kerajaan Xinhua lewat Selasa lalu.
Penghantaran ke laman media sosial China, Weibo yang tersebar mendakwa pegawai-pegawai Guangxi telah menjemput para pelabur untuk makan binatang itu, yang disenaraikan sebagai terancam oleh Kesatuan Antarabangsa Bagi Pemuliharaan Semula jadi.
Beberapa gambar menunjukkan makanan yang banyak berserta dengan pemerhatian pengguna: “Ini adalah kali pertama saya memakan tenggiling, saya telah pun tertawan dengan rasanya!”
Di China, tenggiling diletakkan di bawah perlindungan kerajaan. Memakannya boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun.
Tinjauan World Wildlife yang disiarkan pada September mendapati pasaran berkurang bagi daging tenggiling di negara itu. Tetapi sisiknya terus secara haram dijual.
“Hari ini kualiti yang jelas kelihatan pada pegawai-pegawai kita adalah kekejaman,”seorang pengguna Weibo berkata tentang kejadian bankuet.
“Beginilah cara binatang itu akan menjadi pupus,” seorang lagi berkata. Memalukan! – AFP