Thursday, December 5, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    China siasat wabak pneumonia dikaitkan dengan SARS

    BEIJING, 31 DIS – China sedang menyiasat satu wabak pneumonia yang disyaki dikaitkan dengan SARS, virus seakan-akan selesema yang membunuh ratusan orang satu dekad lalu, lapor media negeri hari ini.

    Sekumpulan pakar dari Suruhanjaya Kesihatan Negara dihantar hari ini ke Wuhan, di tengah wilayah Hubei, China, dan ‘sedang menjalankan pemeriksaan dan kerja-kerja pengesahan,” lapor penyiar CCTV.

    Satu pemberitahuan kecemasan yang dikeluarkan semalam oleh jawatankuasa kesihatan perbandaran Wuhan berkata hospital di bandar telah merawat ‘beberapa pesakit dengan pneumonia yang tidak dapat dijelaskan,” tanpa memberikan butir-butir lanjut.

    Laman berita China The Paper melaporkan 27 kes pneumonia di Wuhan pada Disember, memetik pegawai kesihatan dari bandar itu.

    “Daripada 27 kes, tujuh adalah kritikal, yang lainnya terkawal, dan dua pesakit dijangka keluar dari hospital tidak lama lagi,” kata The Paper. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda