Friday, February 14, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    China sokong perniagaan kecil

    BEIJING, 6 Nov – China telah mendedahkan dasar potongan cukai untuk mengurangkan bebanan korporat ke atas perniagaan kecil dan besar sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi.

    Dari 1 Disember 2017 hingga 31 Disember 2019, institusi kewangan akan dikecualikan daripada cukai nilai tambahan (VAT) yang dikenakan ke atas pendapatan daripada faedah untuk pinjaman kepada perniagaan kecil dan milik individu, menurut satu dokumen yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan Pentadbiran Percukaian Negeri. Buat masa sekarang, dasar itu membabitkan pinjaman kepada petani sahaja.

    Pinjaman maksimum kepada setiap peminjam di atas yang layak menerima kekecualian cukai adalah 1 juta yuan, kata dokumen. Sementara itu, setem cukai pada kontrak pinjaman untuk perniagaan saiz kecil dan mikro akan dikecualikan mulai 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2020, menurut dokumen.

    China dalam rangka membantu dari segi kewangan kepada perniagaan kecil dengan mendedahkan dasar potongan cukai untuk mengurangkan beban sekali gus membantu dalam pertumbuhan ekonomi. – AFP

    Kerajaan menggalakkan bank supaya menyokong perniagaan kecil, yang sering menghadapi kesukaran memperoleh pinjaman bank.

    Pada akhir Jun, pinjaman yang belum dijelaskan daripada institusi kewangan kepada perniagaan kecil dan mikro mencecah 22.6 trilion yuan, hampir dua kali ganda jumlah pada akhir 2012, menyumbang kepada 32 peratus daripada jumlah pinjaman kepada semua perniagaan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda