BEIJING, 30 OGOS – Kerajaan China sekali lagi menyumbang peralatan perubatan kepada Cuba dan bekalan itu tiba di Havana pada Sabtu. Sumbangan kali ini merangkumi 280,000 barangan seberat 22 tan termasuk kit reagen pengesanan COVID-19 dan kelengkapan perlindungan diri (PPE). Sebelum ini, pada Jun China telah menyumbang 30 buah mesin ventilator dan 150 penjana oksigen