Saturday, April 19, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    China susun dasar pelepasan karbon

    BEIJING, 25 JULAI – Mewujudkan matlamat untuk mencapai kemuncak pelepasan karbon  dan neutral karbon adalah misi penting negara ini dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun (FYP) Ke-14.

    Sehubungan itu, dasar-dasar yang berkaitan sedang rancak disusun.

    Demikian ujar Utusan Khas China mengenai hal ehwal perubahan iklim, Xie Zhenhua sempena Forum Pengurusan Aset Global (GAMF) pada Sabtu.

    Menurutnya, China akan mempergiat transformasi dan inovasi dalam 10 bidang termasuk mengoptimumkan struktur sumber tenaga, menaik taraf perindustrian, meningkatkan pembinaan bangunan dan kemudahan rendah karbon. Ia juga merangkumi pembinaan sistem pengangkutan mesra alam, mendorong ekonomi kitaran semula, mengintensifkan inovasi teknologi hijau serta memajukan sektor kewangan hijau.

    Sementara itu, Naib Menteri Kewangan China, Zou Jiayi berkata pihaknya akan menyempurnakan sistem dasar kewangan dan percukaian serta memperkasakan sokongan dana.

    “Langkah itu untuk mendorong pemulihan ekonomi hijau dan pembangunan rendah karbon, demi menyumbang kepada pencapaian matlamat kemuncak pelepasan karbon dan neutral karbon negara ini,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda