Wednesday, December 25, 2024
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    China tambah defisit fiskal, rangsang perbelanjaan tahun depan

    BEIJING, 24 DIS – China akan menambah defisitnya untuk merangsang perbelanjaan tahun depan, kata menteri kewangannya hari ini menurut media kerajaan, ketika Beijing berusaha untuk menyokong ekonominya yang sedang bergelut.

    Ekonomi kedua terbesar dunia itu selama bertahun-tahun telah bergelut dengan penggunaan domestik yang lembap, krisis berterusan dalam sektor hartanah dan hutang kerajaan yang melambung tinggi.

    Beijing melancarkan beberapa langkah agresif tahun ini bertujuan untuk merangsang pertumbuhan mengurangkan kadar faedah, membatalkan sekatan ke atas pembelian rumah dan meringankan beban hutang kerajaan tempatan.

    Ahli ekonomi telah menggesa lebih banyak rangsangan fiskal langsung untuk meningkatkan penggunaan domestik dan memulihkan ekonomi China sepenuhnya.

    Menteri Kewangan, Lan Fo’an berkata pada persidangan di Beijing hari ini bahawa China akan menambah nisbah defisit fiskal untuk meningkatkan intensiti perbelanjaan,’ menurut penyiar CCTV negeri.

    Seorang wanita bekerja di kilang tekstil di Siyang Mukin Suqian di wilayah Jiangsu, China kelmarin.

    Beijing juga akan memberikan tumpuan yang lebih untuk meningkat mata pencarian dan menggalakkan penggunaan lembap, kata Lan, dan bayaran pemindahan kepada kerajaan tempatan yang berhutang akan dinaikkan.

    Beijing telah lama enggan merangsang perbelanjaan kerajaan untuk mengelak ekonominya mengalami kemelesetan, bimbang tentang hutang tertunggak.

    Bagaimanapun, kepimpinan Beijing komited kepada dasar monetari ‘longgar’ dan dasar fiskal ‘lebih proaktif’ tahun depan.

    China meluluskan sasaran pertumbuhan negara rasmi tahun ini sekitar lima peratus, matlamat yang dinyatakan Presiden Xi Jinping yakin untuk mencapainya tetapi ramai pakar ekonomi percaya ia akan terlepas.

    Tabung Kewangan Antarabangsa menjangkakan ekonomi China berkembang sebanyak 4.8 peratus tahun ini dan 4.5 peratus tahun depan.

    “Dasar semasa juga lebih kepada mengurus pertumbuhan pada julat yang cukup selesa untuk pembuat dasar terkemuka dan bukannya merangsang pertumbuhan,” kata Ng. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda