Friday, April 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    China tawar AS$1 juta bantu mangsa gempa

    BEIJING, 16 Feb – Kerajaan China akan menawarkan AS$1 juta bagi bantuan kemanusiaan kecemasan bagi gempa bumi yang melanda Filipina, satu kenyataan rasmi berkata lewat kelmarin.

    China berharap bantuan tersebut akan memudahkan kerja-kerja bantuan selepas gempa bumi melanda wilayah selatan Filipina minggu lalu, menurut kenyataan Kementerian Perdagangan dalam talian.

    Satu gempa bumi dengan magnitud 6.7 melanda bandar Surigao di selatan Filipina malam Jumaat lepas, membunuh sekurang-kurangnya tujuh dan mencederakan lebih daripada 100.

    Kemudahan infrastruktur termasuk lapangan terbang dan jalan raya rosak semasa gempa bumi itu.

    Jurucakap Kementerian Luar China Geng Shuang berkata pada Selasa bahawa Persatuan Palang Merah China akan menawarkan AS50 ribu untuk Filipina bagi kerja-kerja bantuan, sambil menambah bahawa Menteri Luar Wang Yi telah menyampaikan simpati kepada rakan sejawatnya di Filipina.

    “China percaya bahawa Filipina akan mengatasi masalah mereka dan pulih daripada gempa bumi di peringkat awal lagi,” kata jurucakap itu. – Xinhua

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda