Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    China tegaskan pendirian

    BEIJING, 31 Mei – Kerajaan China berkata hari ini ia mempunyai hak untuk bertindak balas sekiranya Washington meneruskan dengan kawalan pelaburan yang dikatakan oleh Beijing mencabul peraturan perniagaan global.

    Komen Kementerian Perdagangan keluar tatkala kedua-dua pihak bersedia untuk rundingan pada hujung minggu di Beijing mengenai aduan Amerika tentang lebihan dagangan China dan janji Beijing untuk membeli lebih banyak barangan Amerika.

    Rumah Putih mengumumkan rancangan pada minggu ini untuk mengehad pelaburan China di Amerika Syarikat dan pembelian barangan teknologi tinggi.

    Ia memperbaharui ugutan untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas barangan China bernilai AS$50 bilion dalam respons kepada aduan mengatakan Beijing mencuri atau memberi tekanan kepada syarikat asing untuk menyerahkan teknologi.

    Kawalan sedemikian mencabul ‘peraturan dan semangat asas’ Pertubuhan Perdagangan Sedunia, kata jurucakap Kementerian Perdagangan Gao Geng.

    “Pihak China akan menilai dengan teliti langkah AS dan mempunyai hak untuk mengambil tindakan yang wajar,” kata Gao pada satu taklimat biasa.

    Sementara itu, kementerian berkata satu kumpulan yang terdiri daripada 50 pegawai Amerika akan bertemu dengan pegawai China untuk membuat persediaan untuk rundingan yang dijangka bermula pada Sabtu yang membabitkan Setiausaha Perdagangan Wilbur Ross. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda