Wednesday, April 16, 2025
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    China tekad sokong usaha Rusia lindungi kestabilan

    BEIJING, 26 JUN – Analisis menunjukkan bahawa krisis keselamatan yang terjadi di Rusia menambahkan lagi kebimbangan di Beijing bahawa rakan kongsi strategik yang sangat penting bagi cita-cita globalnya tidak stabil seperti yang diharapkan.

    China telah muncul sebagai sekutu terpenting Rusia sejak Moscow menye-rang Ukraine pada Februari 2022, yang menjadikannya terpencil di peringkat antarabangsa.

    Semasa sidang kemuncak Mac di Moscow, presiden China, Xi Jinping dan Vladimir Putin mengisytiharkan bahawa hubungan negara mereka yang luas memasuki era baharu.

    Krisis hujung minggu baru-baru ini di Rusia menyaksikan ketua tentera upahan swasta, Wagner Yevgeny Prigozhin cuba menyerbu Moscow.

    China memberikan tanggapannya malam kemarin, setelah lebih dari 24 jam selepas pemberontakan bermula dengan Beijing berjanji menyokong usaha Rusia dalam melindungi kestabilan negara.

    Presiden China, Xi Jinping memberi isyarat ketika dia bertemu dengan Setiausaha Ne-gara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken di Dewan Besar Rakyat di Beijing, China, 19 Jun. – AP

    Kementerian Luar juga berkata isu tersebut merupakan urusan dalaman.

    Ketika kementerian mengeluarkan kenyataannya, pemberontakan di Rusia telah berhasil dihentikan, dengan Kremlin mengumumkan bahawa Prigozhin akan berlepas ke Belarus dan Moscow tidak akan mendakwanya atau anggota Wagner.

    Penganalisis berkata mereka percaya Beijing memilih pendekatan menunggu dan melihat terhadap krisis aitu, sebahagiannya didorong oleh pemahaman bahawa pemberontakan itu mendedahkan keretakan dalam cengkaman Putin.

    “China terkejut dengan prestasi ketenteraan Rusia yang lemah di Ukraine,” kata Susan Thornton, bekas diplomat kanan Amerika Syarikat (AS) yang mengkhususkan diri dalam Asia, memberitahu AFP melalui e-mel.

    “Peristiwa itu berkemungkinan akan dianggap sebagai petunjuk lebih lanjut daripada kelemahan/kemerosotan,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda