Friday, June 2, 2023
23.6 C
Brunei

    -

    China terajui senarai import kenderaan elektrik

    WELLINGTON, 2 MEI – China menerajui senarai negara pengimport kenderaan elektrik ke New Zealand apabila menguasai 58 peratus nilai import dalam tempoh 12 bulan hingga Mac 2023, menurut data yang dikeluarkan oleh jabatan statistik, Stats NZ, hari ini.

    Senarai itu diikuti negara Korea Selatan, Kesatuan Eropah dan Jepun.

    “Apabila import kenderaan elektrik meningkat, kami melihat kepelbagaian bekalan, semakin banyak pengeluar mengeluarkan model elektrik,” kata pengurus perdagangan antarabangsa Stats NZ, Al Allen.

    Import kenderaan elektrik meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh 12 bulan hingga Mac 2023, menurut Stats NZ.

    Jumlah nilai kenderaan bermotor penumpang yang diimport dalam tempoh yang sama ialah 6.8 bilion dolar NZ (AS$4.2 bilion), meningkat 13 peratus berbanding tahun sebelumnya. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 4 April 2023 menunjukkan kenderaan utiliti sukan elektrik BYD, ATTO 3 dicas semasa ia dipamerkan di pengedar BYD, di Yokohama berhampiran Tokyo, Jepun. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS, Jepun modenkan pakatan tentera

    TOKYO, 1 JUN – Amerika Syarikat (AS) dan Jepun sedang berusaha untuk memodenkan pakatan ketenteraan mereka dalam menghadapi ancaman dari China, Korea Utara dan...
    - Advertisment -