Wednesday, September 18, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    China terima 9 pesawat 737 MAX

    NEW YORK, 11 SEPT – Boeing menghantar sembilan buah pesawat 737 MAX kepada syarikat penerbangan China Ogos lalu, jumlah paling banyak sejak Disember 2018 sebelum pesawat digantung untuk tempoh yang lama berikutan dua kemalangan yang membawa maut, menurut angka yang dikeluarkan, kelmarin.
     
    China adalah negara terakhir yang meluluskan MAX untuk menyambung semula perkhidmatannya selepas terhenti selama lebih setahun setengah setelah ia dikeluarkan daripada perkhidmatan akibat nahas pada 2018 dan 2019 yang meragut 346 nyawa.
     
    Boeing mula menyambung semula penghantaran ke China pada Januari 2024.
     
    Boeing mencatat penghantaran 32 buah pesawat kesemuanya pada Ogos, membawa jumlah penghantaran pesawat kepada 40 buah untuk bulan itu, lebih tinggi berbanding 35 pesawat tahun lalu.
     
    Syarikat penerbangan tambang rendah, Ireland Ryanair, juga menerima jumlah paling banyak iaitu enam buah. Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Michael O’Leary, mengadu penghantaran tertangguh telah menyebabkan syarikat itu berbelanja berjuta-juta untuk jualan tiket.
     
    Syarikat lain yang menerima pesawat MAX termasuk Southwest Airlines, United Airlines dan Xiamen Airlines. Sepanjang lapan bulan pertama 2024, Boeing telah menghantar 258 pesawat, termasuk 198 pesawat MAX. – AFP
     
    Gambar fail bertarikh 25 Jun 2024 menunjukkan pesawat Boeing 737 MAX di kilang pemasangan semasa lawatan media ke kemudahan Boeing di Renton, Wash. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda