Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    China terus hulur bantuan kemanusiaan untuk Gaza

    BEIJING, 27 OKT – China akan terus menghulurkan bantuan kemanusiaan untuk Semenanjung Gaza bagi membantu penduduk tempatan yang terjejas akibat konflik Palestin-Israel.

    Jurucakap Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA), Xu Wei kelmarin berkata China dukacita menyaksikan kehilangan nyawa dan kecederaan melibatkan orang awam serta situasi kemanusiaan yang semakin parah berikutan konflik itu.

    Bagi membantu mengurangkan situasi kemanusiaan di Gaza, kerajaan China memutuskan untuk menghantar lagi bantuan kemanusiaan bernilai 15 juta yuan kepada Gaza. – Bernama

    Gambar Envato elements
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda