Friday, October 11, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    China terus perkukuh infrastruktur Internet angkasa

    XICHANG, 11 OKT – China kelmarin telah melancarkan satelit perkhidmatan Internet orbit tinggi yang baharu ke angkasa lepas dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di wilayah barat daya negara itu, Sichuan.

    Satelit tersebut dilancarkan pada pukul 9:50 malam (Waktu Beijing) menggunakan roket pengangkut Long March-3B dan kemudian memasuki orbit yang telah ditetapkan. Ia merupakan satelit ketiga dalam kumpulan satelit orbit tinggi untuk penghantaran Internet.

    Pelancaran tersebut merupakan misi ke-538 dalam siri roket pengangkut Long March, menurut pusat pelancaran berkenaan. – Xinhua

    Long March-3B yang membawa satelit perkhidmatan Internet orbit tinggi baharu dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di wilayah barat daya Sichuan, China, pada 10 Oktober. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda