Saturday, January 4, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    China terus perkukuh kerjasama pelancongan Brunei

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 DIS – Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China merupakan jiran seberang laut yang rapat bukan sahaja merupakan sahabat yang dipercayai tetapi juga rakan kongsi bagi pembangunan bersama.

    Daripada pelbagai projek yang dilaksanakan, aliran pelancong dari kedua-dua buah negara serta acara sukan persahabatan, pertukaran China-Brunei telah membawa lebih banyak manfaat serta merapatkan lagi hubungan di antara kedua-dua buah negara dan warganya.

    Perkara itu dinyatakan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Xiao Jianguo dalam ucapannya pada Majlis Penerbangan Pertama GallopAir x China Southern COMAC C909 Guangzhou ke Bandar Seri Begawan yang berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, hari ini.

    Hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah; Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, ahli-ahli Kor Diplomatik, pegawai-pegawai kanan kerajaan serta para jemputan khas.

    TYT Xiao Jianguo dalam ucapannya lagi menyatakan kepercayaannya dengan pelaksanaan penerbangan langsung dari Guangzhou ke Brunei, ia akan memperdalamkan lagi kerjasama pelancongan, perdagangan dan ekonomi di antara kedua-dua buah negara yang akan menyumbang kepada integrasi BIMP-EAGA dan ASEAN.

    Beliau seterusnya mengongsikan perkembangan terkini dasar bagi warga asing berkunjung ke China dengan melaksanakan dasar bebas visa unilateral kepada warga beberapa buah negara termasuk Brunei Darussalam, di mana ia memboleh-kan warga Brunei untuk berada di China bagi 15 hari lagi tanpa visa.

    Menerusi penerbangan langsung itu, diharap lebih ramai ahli perniagaan dan pelancong China melawat ke Brunei, di mana pada masa yang sama akan menyumbang kepada pertukaran warga-ke-warga dan perdagangan di antara kedua-dua buah negara.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf, TYT Xiao Jianguo pada Majlis Penerbangan Pertama GallopAir x China Southern di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, kelmarin. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    GAMBAR OLEH JAMES KON
    GAMBAR OLEH JAMES KON

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda