Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    China terus sumbang pemulihan ekonomi dunia

    BEIJING, 1 SEPT – China akan terus menggalakkan pembangunan yang lebih berkualiti secara lebih terbuka di samping meningkatkan akses pasaran dalam sektor perkhidmatan untuk negara luar, kata Presiden Xi Jinping.

    Beliau berkata demikian dalam perutusan tahniahnya sempena Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2022 yang dilancarkan pada Rabu.

    China akan mengamalkan prinsip yang lebih terbuka mencakupi pelbagai aspek termasuk perdagangan perkhidmatan rentas sempadan selain meneroka fungsi platform keterbukaan serta membentuk sistem industri perkhid-matan yang berstandard tinggi, katanya. 

    Xi menekankan bahawa China bersedia bersama-sama dengan negara lain untuk mempertahankan multilateralisme, menggalakkan ekonomi perkhidmatan yang terbuka dan berkongsi demi menyuntik momentum kepada pemulihan serta pembangunan ekonomi dunia.

    Beliau berkata China akan terus mengamalkan dasar pintu terbuka, melonggarkan akses pasaran untuk industri perkhidmatan, secara aktif mengembangkan import perkhidmatan berkualiti tinggi, mengembangkan pangkalan eksport perkhidmatan unik, dan membangunkan konsep perniagaan dan model perdagangan perkhidmatan baharu. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan Presiden Xi Jinping mengangkat tangan untuk mengundi bersama pemimpin China lain pada sesi penutup Kongres Parti Komunis di Great Hall of the People di Beijing. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...