Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    China tetapkan pertumbuhan ekonomi pada 5 peratus

    BEIJING, 5 MAC – China hari ini menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi pada ‘5 peratus’ untuk tahun 2023, salah satu yang paling rendah dalam beberapa dekad, ketika Kongres Negara bermula di Beijing.

    Sasaran itu diumumkan dalam laporan kerja yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Li Keqiang ketika parlimen bersidang di Great Hall of the People di ibu negara.

    Angka tersebut adalah lebih rendah daripada purata yang diramalkan oleh ahli ekonomi yang ditinjau AFP, yang mengunjurkan sasaran sekitar 5.3 peratus.

    Li berkata China berhasrat menambah ‘kira-kira 12 juta pekerjaan bandar baharu’ pada tahun ini dan mengurangkan kadar pengangguran bandar kepada 5.5 peratus.

    Beliau berkata Beijing juga akan menyasarkan pertambahan dalam indeks harga pengguna pada kira-kira 3 peratus.

    “Ekonomi China sedang mencatat pemulihan kukuh dan mempamerkan potensi dan momentum besar untuk pertumbuhan selanjutnya,” kata Li dalam ucapan di depan ribuan delegasi.

    Namun beliau mengingatkan ‘ketidakpastian dalam persekitaran luar semakin meningkat,’ merujuk terutamanya kepada inflasi global yang tinggi. – AFP

    Presiden China, Xi Jinping (kiri) dan Perdana Menteri Li Keqiang bercakap semasa sesi pembukaan Kongres Negara di Great Hall of the People di Beijing, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda