Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    China tingkat perbelanjaan ketenteraan

    BEIJING, 5 MAC – China berkata hari ini perbelanjaan ketenteraannya akan meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh empat tahun, memberi amaran ancaman ‘meningkat’ dari luar negara pada mesyuarat parlimen yang akan menyokong Xi Jinping sebagai presiden bagi penggal ketiga.

    Peningkatan dalam belanjawan pertahanan kedua terbesar di dunia muncul ketika Beijing mengumumkan matlamat pertumbuhan ekonomi sekitar 5 peratus untuk tahun ini – salah
    satu yang terendah dalam beberapa dekad.

    Bajet yang dirancang negara untuk tahun itu meletakkan perbelanjaan pertahanan sekitar 1.55 trilion yuan (AS$225 bilion), peningkatan 7.2 peratus dan kadar kenaikan terpantas sejak 2019. Ia secara rasmi meningkat 7.1 peratus tahun lepas.

    Perdana Menteri Li Keqiang yang akan meletak jawatan memberitahu perwakilan ke Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) bahawa ‘cubaan luar untuk menindas dan membendung China semakin meningkat’. – AFP

    Delegasi selepas sesi pembukaan NPC pada 5 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda