Wednesday, July 17, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    China tingkat respons kecemasan terhadap hujan ribut

    BEIJING, 23 JUN – Pentadbiran Meteorologi China meningkatkan tindak balas kecemasan terhadap hujan ribut daripada tahap tiga kepada tahap dua, hari ini.

    Tindak balas baharu itu dibuat susulan ramalan hujan lebat berterusan di kawasan di sepanjang kawasan tengah dan hilir Sungai Yangtze pada minggu berikutnya.

    China mempunyai sistem tindak balas kecemasan empat peringkat untuk ribut hujan, dengan tahap satu adalah yang paling teruk.

    Sementara itu, pusat meteorologi negara berkenaan telah memperbaharui amaran jingga untuk hujan ribut hari ini, meramalkan hujan lebat dan hujan ribut berlaku di Heilongjiang, Hunan, Jiangxi, Jiangsu, Anhui, Hubei, Zhejiang, Yunnan, Guizhou, Guangxi dan Hainan bermula petang ini hingga esok.

    Kerajaan tempatan digesa membuat persiapan dan menjalankan tanggungjawab mereka dengan sewajarnya.

    China mempunyai sistem amaran cuaca berkod warna empat peringkat, dengan merah mewakili amaran paling teruk, diikuti dengan jingga, kuning dan biru. – Xinhua

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Nepal, India kerjasama cari mayat hilang tragedi bas hanyut

    KATHMANDU, 17 JULAI – Pihak berkuasa tempatan sedang berkerjasama dengan pegawai sempadan daerah India untuk mencari mayat dalam kemalangan Simaltal, di mana tanah runtuh...