Thursday, July 17, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    China tolak dakwaan langgar perjanjian tarif

    BEIJING, 2 JUN – China hari ini menolak keras dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa Beijing telah melanggar perjanjian tarif besar-besaran, ketika ketegangan antara dua kuasa ekonomi dunia itu kembali memuncak.

    Bulan lalu, kedua-dua negara bersetuju untuk mengurangkan tarif yang tinggi secara berperingkat selama 90 hari, susulan rundingan antara pegawai tertinggi di Geneva.

    Namun, pegawai kanan Washington minggu lalu menuduh China melanggar perjanjian tersebut. Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick, dalam temu bual bersama Fox News Sunday, berkata Beijing sedang ‘melengahkan’ pelaksanaan perjanjian itu.

    China membalas hari ini, menyatakan bahawa Washington telah ‘membuat tuduhan palsu dan menuduh secara tidak munasabah bahawa China telah melanggar perjanjian’ sesuatu yang menurut mereka ‘sama sekali tidak selaras dengan fakta’.

    “China menolak sekeras-kerasnya tuduhan tidak munasabah ini,” menurut kenyataan rasmi Kementerian Perdagangannya.

    Presiden AS, Donald Trump, minggu lalu turut mendakwa bahawa China telah ‘melanggar sepenuhnya’ perjanjian tersebut, namun tidak memberikan sebarang butiran lanjut.

    Sebaliknya, kementerian China menegaskan bahawa negaranya ‘tegas dalam menjaga hak dan kepentingannya serta ikhlas dalam melaksanakan kesepakatan yang dicapai’. – AFP

    Bendera Amerika dipamerkan bersama bendera China di atas beca pada 16 September 2018, di Beijing. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda