BEIJING, 2 NOV – Pihak berkuasa China hari ini mengenakan perintah berkurung ke atas 600,000 orang di kawasan sekitar kilang terbesar iPhone selepas pekerja-pekerja melarikan dari bagi mengelak penularan koronavirus dan sekatan.
Semua pekerja kecuali sukarelawan pencegahan COVID dan petugas penting ‘mesti tidak meninggalkan kilang mereka kecuali untuk menjalani ujian dan mendapatkan rawatan kecemasan,” kata pegawai dari Lapangan Terbang Zon Ekonomi, Zhengzhou, China.
Langkah tersebut dibuat selepas imej yang dipaparkan di media sosial China minggu lalu menunjukkan orang ramai melarikan diri dari kilang, yang diuruskan oleh syarikat teknologi gergasi, Faxconn dan menghasilkan produk untuk Apple.
Beberapa orang pekerja mengadu di media sosial mengenai keadaan teruk, kekurangan bekalan dan terpaksa melarikan diri dari kilang dengan berjalan kami bagi mengelak sekatan COVID. Foxconn mempunyai ratusan ribu orang pekerja di Zhengzhou.
China merupakan negara ekonomi terakhir yang masih menerapkan strategi ‘sifar COVID’, sering melaksanakan perintah berkurung, ujian saringan besar-besaran dan tempoh kuarantin yang panjang bagi membendung penularan.
Namun varian baharu telah menguji kemampuan pegawai tempatan untuk membendung penularan pantas, menyebabkan negara itu berterusan mengenakan sekatan yang sering berubah-ubah.
Daerah di bandar Zhengzhou hari ini berkata semua perniagaan akan dimestikan untuk melakukan tugasan dari rumah, dengan hanya ‘peniagaan penting’ dibenarkan untuk terus beroperasi. – AFP