BEIJING, 31 MAC – Sebuah bandar di China dekat sempadan Myanmar telah dikenakan perintah berkurung selepas enam kes COVID-19 dikesan hari ini – kluster pertama COVID-19 yang didedahkan dalam masa hampir dua bulan.
Tiga kes tanpa simptom itu dikesan di Ruili, sebuah bandar yang mempunyai lebih 210,000 penduduk, juga merekodkan warga Myanmar berusia antara 24 hingga 28 tahun, menurut pihak berkuasa kesihatan di wilayah Yunan.
Hari ini, pihak berkuasa kesihatan Yunnan di China turut memberi amaran, mereka akan ‘menyekat aktiviti rentas sempadan secara haram’, walaupun tidak merujuk secara langsung keadaan di Myanmar.
Kini pihak berkuasa Ruili melakukan saringan terhadap semua penduduknya dan diarah ‘berkurung di rumah’ selama seminggu. – AFP