![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/12/P19-A_301217-300x200.jpg)
JINAN, China, 30 Dis – China telah membuka 1 kilometer lebuh raya pada bahagian yang menggunakan tenaga solar sebagai satu percubaan, kelmarin.
Panel solar dibentangkan di bawah jalan lingkaran di sekitar Jinan, ibu kota Wilayah Shangdong di timur China. Permukaan jalan diperbuat daripada bahan lut sinar dan material tahan berat yang membolehkan cahaya matahari menembusinya.
Panel yang menutupi 5,875 meter persegi itu boleh menjanakan 1 juta kilowatt tenaga dalam satu tahun, cukup untuk memenuhi keperluan harian bagi kira-kira 800 pemilik rumah, menurut Qilu Transportation Development Group, pemaju projek berkenaan. (Klik di sini untuk berita lanjut)