Monday, November 4, 2024
30.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    China umum calon angkasawan pertama dari Hong Kong, Macau

    HONG KONG, 11 JUN – China kelmarin mengumumkan calon angkasawan pertama dari wilayah pentadbiran khasnya, Macau dan Hong Kong, dengan Hong Kong menyebutnya sebagai ‘era kegemilangan’ dalam sejarah bandar itu.

    Beijing telah melabur berbilion dolar dalam program angkasa lepas yang dikendalikan oleh tenteranya ketika ia meneruskan rancangan bercita-cita tinggi untuk pendaratan di Bulan menjelang 2030.

    Agensi Angkasa Lepas China mengumumkan hari ini bahawa seorang pakar muatan dari Hong Kong dan seorang lagi dari Macau adalah antara 10 calon untuk kumpulan keempat angkasawan negara itu.

    Pemimpin Hong Kong, John Lee menggelarnya sebagai ‘era kegemilangan dalam sejarah Hong Kong’.

    “Ini adalah kali pertama seorang warganegara Hong Kong dipilih sebagai pakar muatan dalam program angkasa lepas China, dengan peluang menjadi angkasawan secara peribadi, untuk mengambil bahagian dalam penyelidikan dan menyumbang kepada program angkasa negara,” kata Lee.

    Kerajaan Macau juga mengeluarkan kenyataan hari ini, menyebut pemilihan salah seorang warganya sebagai ‘satu penghormatan’ yang menghantar ‘mesej inspirasi yang kuat kepada golongan muda Macau’.

    Agensi Angkasa Lepas China berkata bahawa keputusan untuk memilih angkasawan dari dua wilayah itu ‘telah mendapat sokongan yang kuat dan penyertaan yang bersemangat daripada masyarakat tempatan’. Rancangan untuk ‘impian angkasa lepas’ China telah dilancarkan secara besar-besaran di bawah Presiden China, Xi Jinping.

    Beijing telah banyak melabur dalam program angkasa lepasnya sejak sedekad lalu, berusaha mengejar Amerika Syarikat dan Rusia selepas bertahun-tahun lewat untuk menyamai pencapaian mereka. – AFP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Qada dan qadar