Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    China umum ganjaran istimewa rangsang kadar kelahiran

    BEIJING, 16 OGOS – China hari ini mengumumkan ganjaran istimewa yang bertujuan untuk menggalakkan keluarga-keluarga mempunyai lebih ramai anak, ketika kadar kelahiran di negara itu mencatatkan rekod terendah dan pegawai memberi amaran populasi akan mula menguncup menjelang 2025.

    Negara paling padat penduduk di dunia itu berdepan dengan krisis demografi, di mana negara itu berdepan tenaga kerja yang semakin tua, ekonomi lembap dan pertumbuhan populasi paling lemah dalam masa berdekad-dekad.

    Meskipun Beijing menamatkan ‘peraturan satu anak’ pada 2016 dan membenarkan pasangan untuk mempunyai tiga orang anak pada tahun lalu, kadar kelahiran tetap menurun dalam tempoh lima tahun kebelakangan.

    Panduan dasar yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan hari ini menggesa kerajaan pusat dan wilayah untuk menambah perbelanjaan ke atas kesihatan reproduktif dan menambah baik perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di seluruh negara.

    Mereka mewajibkan kerajaan tempatan untuk ‘melaksanakan langkah-langkah sokongan kesuburan aktif’, termasuk menawarkan subsidi, rebet cukai, insurans kesihatan dan pendidikan yang lebih baik, bantuan perumahan dan pekerjaan bagi keluarga-keluarga muda. – AFP

    Satu pasangan membawa anak-anak mereka bersiar-siar di Beijing. China mengumumkan ganjaran istimewa bagi menggalakkan keluarga-keluarga memiliki lebih ramai anak. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...