Tuesday, December 17, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    China umum langkah modenkan industri runcit

    BEIJING, 16 DIS – Kerajaan China mengeluarkan dokumen pada hari ini yang menggariskan langkah untuk memodenkan industri runcit negara dalam tempoh lima tahun akan datang, lapor Xinhua.

    Menurut dokumen itu, China menyasarkan untuk membentuk sistem runcit moden yang menampilkan bekalan yang pelbagai, perkhidmatan berkualiti tinggi serta mengandungi ciri pintar, mudah dan mesra alam menjelang 2029.

    Usaha menaik taraf dan transformasi akan dilaksanakan terhadap gedung serbaneka, pusat beli-belah, pasar raya dan hab perniagaan komuniti bagi memodenkan industri berkenaan, menurut dokumen yang dikeluarkan bersama oleh tujuh jabatan kerajaan termasuk Kementerian Perdagangan. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda