Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    China usaha lindungi haiwan dan tumbuhan liar

    BEIJING, 3 MAC – China telah mengambil pelbagai tindakan untuk melindungi haiwan dan tumbuhan liar sehingga mencapai hasil yang menggalakkan, kata pegawai Biro Pentadbiran Perhutanan dan Padang Rumput sempena sambutan Hari Hidupan Liar Sedunia ke-10 hari ini.

    Sepanjang 10 tahun yang lalu, pelaksanaan projek menyelamat spesies terancam berjaya menambah populasi spesies liar seperti panda gergasi, gajah Asia, harimau dan harimau bintang, ungka Hainan, burung sekendi berjambul dan pokok merpati.

    Di samping itu, taman botani peringkat kebangsaan turut dibina untuk mempergiat perlindungan tumbuhan terancam dan sumber tumbuhan penting, selain menggalakkan pemuliharaan biodiversiti serta penggunaan sumber asli secara mampan.  

    Pada masa ini, pindaan Undang-undang Perlindungan Hidupan Liar telah disemak dan diluluskan serta akan dikuatkuasakan secara rasmi pada 1 Mei. 

    Selain itu, satu sistem mesyuarat bersama antara kementerian untuk memerangi perdagangan haram haiwan dan tumbuhan liar serta sistem mesyuarat secara bersama antara kementerian untuk penyeliaan pasaran dalam talian akan turut diwujudkan.

    Sistem berkenaan akan membantu untuk memerangi aktiviti menjadikan haiwan liar sebagai hidangan, melaksanakan langkah kawalan yang paling ketat untuk perdagangan hidupan liar dan membentuk sistem mesyuarat bersama berbilang jabatan bagi memerangi perdagangan haram hidupan liar.

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tahap perlindungan haiwan dan tumbuhan liar di Beijing terus meningkat. 

    Untuk rekod, Beijing sedang menguruskan versi senarai haiwan dan tumbuhan liar yang baharu bagi memasukkan spesies haiwan dan tumbuhan liar yang baru dijumpai ke dalam senarai itu.

    Pengarah Bahagian Perlindungan Hidupan Liar dan Tanah Lembap Biro Landskap Beijing, Zhang Zhimin berkata pihaknya mendapati spesies haiwan liar di Beijing adalah lebih daripada 600. – Bernama

    Antara haiwan liar yang terpelihara dalam usaha China untuk lindungi haiwan dan tumbuhan liar. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...