Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    China Utara diselubungi pencemaran teruk

    BEIJING, 31 OKT – Puluhan juta orang di seluruh utara China diletak di bawah amaran pencemaran yang teruk hari ini, dengan pihak berkuasa menggesa mereka mengurangkan aktiviti luar ketika asap kelabu menyelubungi wilayah itu.

    Beberapa kawasan di rantau utara China, Beijing-Tianjin-Hebei, yang menjadi tempat tinggal kepada lebih 100 juta penduduk, mengalami beberapa pencemaran terburuk yang pernah dilihat mereka dalam beberapa bulan.

    Di Beijing, pihak berkuasa kelmarin mengeluarkan amaran jingga – amaran pencemaran kedua tertinggi di negara itu.

    “Terdapat lebih banyak asbut sejak dua hari lalu, ia benar-benar memberikan kesan,” kata pekerja pejabat, Fu Dalin, 27.

    “Disebabkan asbut teruk, saya tidak akan keluar berlari seperti biasa, dan hanya perlu tinggal di rumah,” katanya kepada AFP di daerah perniagaan di pusat bandar Beijing.

    Seorang lagi penduduk di ibu negara, Xu Gengying berkata pencemaran itu tidak akan menghalangnya daripada menjalani kehidupan seharian. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda