Monday, October 14, 2024
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    China, Vietnam tandatangani 10 perjanjian

    HANOI, 13 OKT – China dan Vietnam menandatangani 10 perjanjian hari ini, termasuk mengembangkan hubungan kereta api rentas sempadan, pembayaran cukai dan kerjasama ekonomi.

    Penandatanganan itu susulan pertemuan antara Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh dan Perdana Menteri China, Li Qiang, yang mengadakan lawatan ke negara itu.

    Mereka bersetuju untuk mengusahakan pelan teknikal bagi menghubungkan kereta api antara Lao Cai di utara Vietnam dan Hekou di wilayah Yunnan China.

    Kedua-dua pihak juga menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai pelaksanaan perkhidmatan pembayaran rentas sempadan melalui kod QR dan perjanjian untuk mengkaji model bagi zon kerjasama ekonomi merentasi sempadan mereka.

    China ialah rakan perdagangan terbesar Vietnam, akan tetapi kedua-dua buah negara turut berkongsi sejarah ketegangan – termasuk Laut China Selatan.

    Pemimpin tertinggi Vietnam, To Lam dan Li bersetuju kelmarin untuk meningkatkan kerjasama pertahanan dan ekonomi, lapor media negara Vietnam.

    “Kedua-duanya bersetuju untuk mengekalkan pertukaran peringkat tinggi dan kerjasama dalam pertahanan, keselamatan, dan hal ehwal luar negeri bagi memperluaskan pelaksanaan mekanisme baharu,” kata akhbar Nhan Dan.

    Vietnam akan melancarkan lebih banyak pelaburan berteknologi tinggi China di negara itu dan Beijing akan mengukuhkan akses pasaran untuk produk pertanian Vietnam, menurut akhbar itu. – AFP

    Reaksi Pham Minh Chinh (kanan) dan Li semasa menghadiri mesyuarat di Pejabat Kerajaan di Hanoi pada 13 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda