Monday, July 28, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chitose Group sasar bangunkan 10 juta hektar ladang penanaman mikroalga

    KUALA LUMPUR, 27 JULAI – Chitose Group yang mengendalikan kemudahan pengeluaran mikroalga terbesar di dunia menggunakan fotobioreaktor jenis panel rata di Kuching, Sarawak menyasarkan untuk membangunkan 10 juta hektar ladang penanaman mikroalga berskala besar di Malaysia, Indonesia, India, Timur

    Tengah dan kawasan berpotensi lain menjelang 2050 meliputi saiz pasaran AS$4.2 trilion.

    Pegawai Eksekutif Chitose Bio Evolution Pte Ltd (syarikat induk Chitose Group), Ryosuke Koike berkata Chitose Group dengan operasinya di Jepun, Singapura, Brunei, Thailand dan Vietnam merancang untuk menghasilkan pelbagai jenis produk untuk kegunaan komersial seperti bahan kimia, kosmetik, bahan api, suapan dan makanan menggunakan biojisim mikroalga.

    “Biojisim mikroalga akan diproses dan dijual melalui rantaian bekalan dengan kerjasama rakan kongsi menerusi inisiatif Matsuri untuk membina industri berasaskan alga baharu bagi menggantikan industri berasaskan petroleum,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

    Inisiatif kerjasama yang diketuai oleh Kumpulan Chitose bernama Matsuri, terdiri daripada lebih seratus rakan kongsi merangkumi syarikat global serta universiti, awam dan institusi penyelidikan.

    “Setiap kemudahan pengeluaran mikroalga di pelbagai lokasi di dunia akan meneruskan model perniagaan dibiayai sendiri di mana setiap tapak akan mengumpul dana menerusi aliran tunainya sendiri,” katanya.

    Chitose Group turut berhasrat untuk menjadi pengurus aset dan menguruskan keseluruhan rantaian bekalan daripada hanya menjadi pemilik aset. – Bernama

    Ryosuke Koike. – Foto Chitose Group
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda