Penyampai radio Suria FM Chiwan tumpang gembira apabila bekas rakan gandingannya iaitu Sharifah Shahirah kembali ke udara sebagai deejay.
Chiwan atau Mohd Azwan Sabri, 39, berkata, dia gembira akhirnya dapat kembali mendengar suara Shahirah atau mesra disapa Shiera di corong radio dengan celotehnya yang menghiburkan.
“Saya langsung tak terkejut Shiera sertai mana-mana stesen radio sebab ramai mahukan dia.
“Kalau dia hendak kembali secara tetap pun saya gembira untuknya sebab saya tahu dia memerlukan pekerjaan apatah lagi dia banyak komitmen,” katanya kepada mStar.
Chiwan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama pendek Hayati Suria FM di Royale Chulan The Curve, Damansara, Selangor pada malam Rabu.
Dalam pada itu, jauh di sudut hatinya masih berharap Shiera kembali ke pangkuan Suria FM suatu hari nanti.
Bagaimanapun Chiwan menghormati keputusan Shiera dan percaya dia artis tersebut mampu berjaya di mana-mana. – Agensi
