Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    CHMS BSB juara bola jaring

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT – Sekolah Menengah Chung Hwa Bandar Seri Begawan (CHMS BSB) berjaya menewaskan Sekolah Rendah Haji Mohd Jaafar Maun (HMJM) Kiulap dengan jaringan 90-60 untuk muncul sebagai johan Festival Netball Shooting Sekolah-sekolah Rendah Brunei Darussalam kedua, 2023 yang berlangsung di Dewan Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3C), hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Julaihi bin Mohamad@Mohamat.

    Dalam kejohanan itu, johan jatuh kepada CHMS BSB, naib johan ialah Sekolah Rendah HMJM Kiulap dan tempat ketiga bersama ialah Sekolah Rendah Pengiran Anak Puteri (PAP) Besar, Sungai Kebun dan Sekolah Rendah Panglima Barudin (PB), Limau Manis.

    Sementara itu, penjaring terbaik dalam kejohanan berkenaan jatuh kepada Ayana Lim Li Qiao dari CHMS BSB.

    Festival tersebut dianjurkan oleh Bahagian Jasmani dan Rekreasi, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan bagi menggalakkan penyertaan melalui pendekatan ‘main dan belajar’ sukan bola jaring dalam kalangan pelajar peringkat rendah.

    Diadakan selama tiga hari iaitu pada 22 Oktober, 27 Oktober dan 29 Oktober, festival berkenaan telah disertai oleh 406 orang murid perempuan dari 58 pasukan atau sekolah yang terdiri daripada sekolah-sekolah rendah kerajaan dan swasta serta sekolah di bawah kawalan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Awang Julaihi bergambar ramai dengan para pemenang dalam festival berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...