Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    CHMS BSB rai ulang tahun ke-100

    Oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JAN – Sekolah Menengah Chung Hwa Bandar Seri Begawan (CHMS BSB) semalam meraikan ulang tahun ke-100 penubuhannya dengan acara Torch Relay di sekolah.

    Sambutan ulang tahun 100 tahun dengan tema Sambutan Kecemerlangan 100 Tahun Emas itu diadakan untuk memperingati pengasas sekolah, guru-guru, kakitangan dan ahli komuniti tempatan yang menyumbang kepada usaha sekolah dalam mendidik puluhan ribu pelajar CHMS BSB.

    Hadir melancarkan acara itu ialah Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengarah CHMS BSB, Lim Boon Hwa.

    Torch Relay melambangkan penurunan wawasan sekolah untuk mendidik pelajar muda negara dari generasi ke generasi lain.

    Obor akhirnya sampai di tangan Pengerusi CHMS BSB, Yang Berhormat Ong Tiong Oh yang seterusnya melancarkan logo ulang tahun ke-100 CHMS, sekali gus menandakan permulaan sambutan berkenaan.

    Dalam ucapannya, Yang Berhormat Ong Tiong Oh berkata, “Selepas mengharungi dugaan dan kesukaran untuk tempoh masa yang lama, bukan senang untuk CHMS BSB untuk menikmati tahap pencapaian hari ini.

    “Dengan moto Propriety, Righteousness Modesty dan Remorsefulness serta konsep pendidikan yang menekankan kesaksamaan dalam pembelajaran tiga bahasa serta perkembangan menyeluruh, kami berjaya mengasah bakat-bakat untuk komuniti Cina serta Brunei Darussalam,” tambahnya.

    Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang kepada pertumbuhan dan kemajuan CHMS BSB sejak 100 tahun lalu.

    Sambutan juga menyaksikan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mencipta logo Ulang Tahun ke-100 CHMS BSB dengan tempat pertama dimenangi oleh Lee Kee Fui yang merupakan alumni CHMS BSB.

    Manakala itu, tempat kedua dimenangi Wong Wen Nee dan Loh Eng Sung membawa pulang hadiah ketiga.

    Yang Berhormat Ong Tiong Oh melancarkan permulaan sambutan 100 tahun dan mendedahkan logo ulang tahun.
    Para pelajar CHMS BSB berganti-ganti menyerahkan obor untuk memperingati sambutan 100 tahun penubuhan sekolah berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda