Saturday, March 15, 2025
25.1 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Choi langkah kanan di PGA Wanita

CHICAGO, 30 Jun – Pemain Korea Selatan Chella Choi, dengan satu kedudukan lima teratas dalam 33 acara besar, mencatat pukulan lima di bawah par 66 semalam untuk merebut pendahuluan dalam pusingan pertama Kejohanan PGA Wanita.

Choi mengumpul birdie pada empat daripada enam lubang terakhir di Olympia Fields berhampiran Chicago untuk merebut pendahuluan kelab.

“Amat menarik disebabkan ia adalah kejohanan besar, maka saya mahu bermain dengan baik dan hari ini bermain dengan amat baik,” kata Choi.

Namun 30 daripada 156 pemain gagal menamatkan pusingan pertama selepas perlawanan dihentikan awal disebabkan cuaca buruk.

Pemain Korea Selatan Amy Yang juga berada di lima di bawah dengan lubang ke-18 par 5 belum selesai. Dia dan pemain lain dalam 10 kumpulan terakhir mesti mengakhiri pusingan pertama mereka pada pagi ini seterusnya memulakan pusingan kedua.

Pemain Amerika Brittany Altomare menduduki tempat kedua di kelab pada 67 tetapi pemain Perancis Joanne Klatten juga menduduki empat di bawah dengan dua lubang tinggal.

Juara bertahan Brooke Henderson dari Kanada berada dalam kumpulan 68 yang termasuk pemain Amerika Alison Lee dan Michelle Wie dan pemain Australia Su Oh.

Di padang di tiga-di bawah adalah pemain Amerika Kim Kaufman dengan dua lubang tinggal dan pemain Denmark Emily Pedersen dengan tiga lubang tinggal.

Pemain nombor satu dunia baru Ryu So-Yeon dari Korea Selatan berada dalam kumpulan 69 bersama pemain New Zealand Lydia Ko di 70. – AFP

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda