Pelakon dan penyanyi Korea Selatan Choi Siwon menyangkal dakwaan tuduhan terlibat dalam penipuan mata wang kripto atau token digital.
Siwon turut menyangkal dakwaan dia melakukan aktiviti haram termasuk dikatakan menjalinkan kerjasama dengan komuniti pemuda dikenali sebagai Youth Pay.
“Saya ingin menegaskan saya tidak terlibat dalam kontroversi seperti sedang hangat diperkatakan.
“Saya juga tiada hubungan atau kerjasama secara rahsia dengan mana-mana pihak,” katanya.
Memetik kenyataan mStar, sebelum ini timbul khabar angin mengatakan perniagaan diusahakan anggota kumpulan Super Junior itu terdapat unsur penipuan.
Ia susulan dakwaan perniagaannya terlibat dalam skim pelaburan secara rahsia.
Ada pihak mendakwa menjadi mangsa penipuan tersebut selepas terpedaya dengan populariti dan imejnya sebagai selebriti popular. – Agensi