Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chong Wei sah beraksi All England

    KUALA LUMPUR, 28 Feb – Meskipun dilanda pelbagai konflik dan kecederaan, jaguh perseorangan Malaysia, Datuk Lee Chong Wei tetap bersemangat dan meletakkan keazaman tinggi untuk memburu gelaran keempat pada Kejohanan All England di Birmingham, dari 7 hingga 12 Mac ini.

    Chong Wei berkata kejohanan berprestij itu kemungkinan adalah terakhir bagi dirinya dan beliau tidak mahu mensia-siakan peluang tersebut untuk menyaingi pencabar lain, biarpun baru pulih daripada kecederaan lutut. Pemain nombor satu dunia itu yang menjuarai kejohanan itu sebanyak tiga kali bermula 2010, 2011 dan 2014 akan membuat penampilan pertamanya tahun ini selepas Kejohanan Siri Super Akhir Dubai, Disember lepas.

    “Kemungkinan All England kali ini adalah yang terakhir, jadi saya akan memaksa diri saya untuk melakukan yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara di sini, hari ini.

    Chong Wei disenaraikan sebagai pilihan utama dalam undian acara perseorangan lelaki pada kejohanan All England, manakala pemain Denmark, Jan O Jorgensen sebagai pemain pilihan kedua.

    “Bagi diri saya paling penting adalah untuk mendapat semula suasana pertandingan di gelanggang kerana masih ada beberapa kejohanan penting selepas ini,” katanya yang mengalami kecederaan ligamen lutut kiri akibat tergelincir ketika latihan di ABM pada 4 Feb lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda