Sunday, April 27, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chris Brown luah rasa cinta terhadap kekasihnya Ammika Harris

    Penyanyi Chris Brown meluahkan perasaan cintanya kepada Ammika Harris sempena ulang tahun kekasihnya yang ke-27 tahun pada Sabtu lalu di Instagram.

    Menerusi perkongsian tersebut, Chris mendedahkan dia terlalu gementar sehingga cakap tidak berhenti ketika kali pertama mereka bertemu.

    “Happy birthday to my boo. Kali pertama kita bertemu, saya terlalu gementar. Awak beritahu saya yang saya cakap terlalu banyak. Jadi, saya terus diam dan mendengar cerita awak.

    “Awak adalah cahaya, awak adalah cinta dan awak adalah kecantikan. Hari ini merupakan hari awak. Saya sayang awak,” tulis Chris Brown.

    Chris Brown dan Ammika mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Aeko yang kini berusia lima bulan. – Agensi

    Chris dan Ammika mempunyai seorang anak lelaki bernama Aeko. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda