Chris Pratt ambil anak dari sekolah

Chris Pratt, 42, kelihatan seperti seorang ayah yang bertanggungjawab ketika dilihat mengambil anak yang mirip dengannya, Jack, 9, dari sekolah. Pelakon tersebut dan anaknya dilihat berjalan bersebelahan setelah berjumpa di lokasi CA, Santa Monica dan memakai pakaian serupa.

Keadaan tersebut jarang dilihat memandangkan Chris adalah seorang yang selalu menyembunyikan hal peribadinya termasuk hal yang berkaitan dengan anaknya. Selain Jack, yang merupakan anak Chris dengan bekas isterinya, Anna Faris, 44, bekas bintang Everwood juga mempunyai seorang anak perempuan yang berusia setahun, Lyla dengan isterinya, Katherine Schwarzenegger, 31, dan kadang-kadang kelihatan berkongsi masa keluarga bersama di media sosial.

Pada bulan Ogos, Katherine juga berkongsi siaran khas sempena ulang tahun pertama Lyla.

Ketika Chris dan Katherina tidak sibuk dengan anak-anak mereka, mereka fokus terhadap kerjaya mereka. Katherine juga aktif dalam media sosial Instagram dengan mempromosikan projeknya dan perkara-perkara menarik yang lain.

Manakala Chris bekerja keras dalam kerjaya lakonannya. Baru-baru ini dia mendedahkan dia akan belakon menjadi Mario dalam filem Super Mario dan menyatakan kegembiraannya dalam video yang dikongsi pada akhir September. – Agensi

Chris Pratt dan isterinya, Katherine Schwarzenegger berkongsi masa keluarga bersama dengan anak mereka, Jack. – Agensi