Christian Bale bakal tampil watak penjahat

Foto pelakon Hollywood yang terkenal menerusi watak Batman, Christian Bale memakai kostum watak antagonis Gorr The God Butcher tular di media sosial.

Menerusi foto-foto tersebut, sekaligus mengesahkan Bale telah menyertai Marvel Cinematic Universe (MCU) yang mana penampilannya bakal dilihat dalam filem Thor: Love And Thunder akan datang. Difahamkan, watak tersebut telah diperkenalkan oleh MCU di dalam komik mereka pada tahun 2021.

Mengenai Gorr, ia merupakan watak makhluk asing dari sebuah planet yang penuh dengan pelbagai malapetaka. Disebabkan kematian ibu bapa dan isterinya yang sedang hamil serta doa tidak diperkenankan, Gorr telah bertindak untuk menjadi watak yang jahat.

Dalam foto itu, turut kelihatan seluruh tubuh badan termasuk muka Bale telah diselaputi alat prostetik yang menjadikannya berwarna kelabu. Filem sekual Thor yang kedua ini dijadualkan tayangannya pada Mei 2022. – Agensi

Christian Bale dikatakan akan memerankan watak antagonis Gorr The God Butcher dalam filem Thor: Love And Thunder. – Agensi