MILAN, 30 OKT – Firma gergasi kereta Amerika Syarikat (AS)-Itali Fiat Chrysler berkata hari ini ia mengadakan rundingan gabungan dengan firma Perancis, Groupe PSA,
pengeluar kereta Peugeot dan Citroen.
Automobil Fiat Chrysler (FSA) berkata dalam satu kenyataan ia ‘mengesahkan terdapatnya perbincangan berterusan bertujuan menubuhkan salah satu kumpulan mobiliti terkenal di dunia’ dengan PSA. Namun ia enggan memberikan butir lanjut.
Firma kereta AS-Itali Fiat Chrysler berkata Peugeot memberitahu hari ini mereka mengadakan rundingan gabungan yang mungkin membawa kepada penubuhan kilang pengeluaran kereta bernilai AS$50 bilion.
Kedua-dua firma mengeluarkan kenyataan sebelum pembukaan pasaran mengesahkan laporan bahawa mereka sedang berunding untuk menggabung perniagaan mereka.
Sumber berkata Carlos Tavares, ketua eksekutif syarikat induk Peugeot, Groupe PSA, akan mengetuai syarikat baharu sebagai CEO manakala John Elkann, pengerusi FCA, akan menjadi pengerusi.
Perbincangan di antara pengeluar kereta itu sedang diteruskan dan tidak ada jaminan satu perjanjian akan dicapai, kata sumber, mengesahkan butir-butir yang pertama disiarkan dalam Wall Street Journal.
Menurut Bloomberg News, lembaga pengarah FCA dijangka mengadakan mesyuarat tergempar hari ini. Gabungan kedua-dua kumpulan akan menggabungkan jenama Alfa Romeo, Chrysler, Citroen, Dodge, DS, Jeep,Lancia, Maserati, Opel, Peugeot dan Vauxhall di bawah satu bumbung. – AFP