Oleh Salawati Haji Yahya
TUTONG, 31 JAN – Tujuh bekas pelajar Sekolah Chung Hwa Kiudang (CHSK) yang mendapat keputusan cemerlang 5A, 4A dan 3A dalam Penilaian Sekolah Rendah (PSR) 2021, telah menerima hadiah wang tunai atas kejayaan mereka dalam peperiksaan itu, hari ini.
Hadir menyampaikan hadiah pada majlis yang berlangsung di sekolah berkenaan ialah Pengetua CHSK, Loo Shee Yun dan Guru Kanan Pentadbiran, Leong Yueh Moi yang mewakili Pengerusi Sementara Lembaga Pengelola CHSK, Sam Ying Kok.
Pelajar yang telah mendapat 5A ialah, Dayang Ayeeshah binti Haji Ismad, Chew Fang Ting dan Dayang Ellysa Hana binti Mikal manakala itu Amy Sarah Chin Siew Fen, Dayang Amal Zafirah binti Mohd Rizal dan Dayang Norfakriyah Hazirah binti Rafie mendapat 4A dan Camryn Liong Mei Yen telah mendapat 3A.
Atas kejayaan para pelajar berkenaan, Sam Ying Kok mengucapkan tahniah dan berharap para pelajar tidak akan lupa bahawa mereka pernah menuntut di sekolah
berkenaan.
Di samping itu, tenaga pengajar Tahun 6 bagi 2021 turut menerima cenderhati dan ucapan tahniah daripada Sam Ying Kok atas usaha dan pencapaian mereka.
