Thursday, November 30, 2023
25.8 C
Brunei

    -

    CHTF 2023 buka tirai

    SHENZHEN, 15 NOV – Ekspo Teknologi Tinggi China (CHTF) edisi ke-25 membuka tirainya di sini hari ini.  
     
    Peserta ekspo akan berhimpun di bandar zon ekonomi khas di selatan China untuk membincangkan trend perkembangan inovasi sains dan teknologi serta bersinergi untuk mempraktikkan strategi pembangunan yang dipacu inovasi.
     
    Bertemakan ‘Rangsang Daya Inovasi, Naik Taraf Kualiti Pembangunan’, ekspo selama lima hari kali ini memperbaharu rekod dari segi keluasan pameran dan jumlah penyertaan negara dan wilayah.  
     
    Sebanyak 105 buah negara dan wilayah dari seluruh dunia menyertai ekspo kali ini, antaranya 76 negara dan wilayah yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). – Bernama
    Gambar Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China gesa gencatan senjata menyeluruh segera

    BEIJING, 30 NOV - China hari ini menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan’ dalam konflik Israel-Hamas dalam kertas jawatan yang dikeluarkan oleh kementerian luarnya. "Pihak-pihak...