Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Chua Wee Hong membawa pulang hadiah utama berupa sebuah PS5 setelah diumumkan sebagai pemenang bagi pemberian eksklusif Bad Lab Co, hari ini.
DCH Auriga (Borneo) Sdn Bhd mengumumkan mengenai promosi berkenaan semasa majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Bangunan PGGMB di ibu negara.
Promosi tersebut masih lagi berlangsung dan bakal berakhir pada 10 Mei nanti dan penganjur akan memilih empat orang pemenang dan seorang pemenang bagi setiap minggu akan membawa pulang sebuah PS5.
Para peminat produk berkenaan hanya perlu membeli mana-mana produk Bad Lab Co. dari mana-mana kedai dan menghubungi pihak pengurusan untuk menyertai promosi berkenaan.
