Wednesday, May 8, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Chun kekal mendahului dengan tiga pukulan

    BETHESDA, AMERIKA SYARIKAT, 26 JUN – Chun In-gee masih mendahului dengan tiga pukulan untuk melangkah ke peringkat akhir Kejohanan PGA Wanita selepas mendapatkan tiga-atas-par 75 dalam perlawanan pusingan ketiga, kelmarin.

    Pemain ranking ke-33 dunia dari Korea Selatan, menguasai perlawanan pada dua hari sebelumnya untuk mendahului enam pukulan di peringkat awal, namun mengalami kesukaran dalam pertandingan yang berlangsung kelmarin di Congressional Country Club, di Bethesda, Maryland.

    Walaupun Chun berjaya mendahului di padang golf itu dengan membuat tujuh pukulan pada pusingan awal, dia berasa kelebihannya di atas padang itu semakin merosot, dengan satu bogey pada lubang ke-15 dan membuat double-bogey pada lubang ke-16 yang memberinya pendahuluan tiga pukulan.

    Chun bangkit daripada rentak permainan yang goyah dengan meraih par pada lubang ke-17 dan ke-18 untuk memberinya lapan-bawah-par dalam pertandingan 54 lubang dengan agregat 208 pukulan.

    Pusingan perlawanan Chun mungkin menjadi lebih teruk jika bukan kerana kejayaan yang diperolehnya pada par-lima di lubang ke-16.

    Selepas pukulan kedua melantun keluar, Chun berjaya membuat pukulan ketiganya merentasi fairway sebelah.

    Dia disarankan untuk menerima penalti dan membuat semula pukulan tersebut tetapi pukulan kelimanya berakhir di atas padang yang dipenuhi dengan rumput. Cara yang berkemungkinan mampu mengeluarkan dia dari situasi tersebut ialah melakukan triple-bogey dengan pukulan kelapan tetapi Chun terpaksa Up and Down dengan dua pukulan untuk menghentikan kesukaran menerusi double-bogey.

    Kemudian Chun berusaha bersikap positif sambil berkata pukulan tersebut akan membawanya ke pusingan akhir pada hari ini. – AFP

    Aksi Chun In-gee membuat pukulannya dari lubang kelapan dalam pusingan ketiga Kejohanan PGA Wanita KPMG di Congressional Country Club, Bethesda, Maryland. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...