Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Chun mendahului kedudukan di PGA

    WASHINGTON, 24 JUN – Pemain dari Korea Selatan, Chun In-gee berjaya mendapatkan lapan-bawah-par 64 untuk mendahului lima pukulan dalam Kejohanan PGA Wanita, kelmarin.

    Juara utama dua kali berusia 27 tahun itu berjaya membuat sembilan birdie dan hanya satu pukulan bogey di Congressional Country Club untuk menyamai rekod pusingan pembukaan dalam sejarah kejohanan yang dicatat oleh Nicole Castrale pada 2006.

    Pusingan yang menakjubkan daripada Chun juga adalah satu rekod yang berjaya dicapai di Congressional, tempat bersejarah yang berusia 98 tahun dalam menganjurkan kejohanan utama wanita buat kali pertama.

    Sementara itu, dengan keadaan padang basah menyebabkan pertandingan tersebut berlangsung lebih lama – Chun berjaya membuat empat pukulan birdie berturut-turut untuk meraih lima-bawah-par.

    Pukulan bogey pada lubang ke-10 menjejaskan rentak permainannya sebelum tiga lagi pukulan birdie pada lubang ke-11, ke-12 dan ke-13 untuk memberikan dia kelebihan tujuh-bawah-par.

    Aksi Chun In-gee membuat pukulan dalam pusingan pertama Kejohanan PGA Wanita di Congressional Country Club di Bethesda, Maryland. – AFP

    Manakala itu, satu lagi birdie pada tiga lubang memberikannya lapan-bawah-par.

    Dengan pusingan tersebut, Chun mendahului lima pukulan daripada Choi Hye-jin dan Pornanong Patlum dari Thailand, di mana kedua-duanya berjaya mendapatkan tiga-bawah-par 69.

    Pemain dari Amerika Syarikat, Jennifer Chang dan Paula Reto dari Afrika Selatan ketinggalan enam pukulan untuk mendahului pada dua-bawah-par, berkongsi tempat keempat.

    Sembilan pemain golf wanita termasuk Jennifer Jupcho, Brooke Henderson dan juara bertahan, Nelly Korda, ketinggalan tujuh pukulan daripada pendahulu selepas mendapatkan satu-bawah-par 71.

    Korda terpaksa berdepan dengan keadaan padang golf yang basah dengan membuat tiga birdie dan dua bogey, termasuk lubang kelima pada pukulan ke-18 tetapi terpaksa berpuas hati dalam mendapatkan bawah par.

    Walau bagaimanapun, pemain dari Amerika Syarikat itu terkilan dengan pusingan pertama yang menakjubkan oleh Chun. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...