Oleh Nurdiyanah R.
TUTONG, 30 JUN – Sekolah Chung Hwa Kiudang juga tidak melepaskan peluang dalam menyambut keindahan bulan Syawal bersama para murid, guru-guru dan kakitangannya yang diadakan di sekolah berkenaan, baru-baru ini.
Majlis yang dihadiri oleh Guru Besar, Loo Shee Yun telah dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan dan lagu rasmi sekolah yang kemudian diserikan dengan sesi ucapan Hari Raya yang disampaikan oleh wakil murid Tahun 6 dan diikuti pula dengan persembahan nyanyian Hari Raya.
Kemeriahan acara telah diakhiri dengan sesi bersalaman antara guru dan murid.
Dengan adanya acara berkenaan, ia diharap akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara semua warga sekolah pada masa yang sama berhibur dengan pelbagai aktiviti yang diadakan.
