Tuesday, December 24, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Churros sedap dimakan panas-panas

    Oleh Afiq Zainuddin –

    Churros adalah sejenis snek manis yang popular, berasal dari Sepanyol dan Portugal, kini ia dinikmati di seluruh dunia.

    Bahan utama hidangan ini adalah doh tepung gandum yang dicampur dengan air, garam dan kadangkala mentega atau telur untuk memberikan tekstur lembut.

    Churros biasanya disalut dengan campuran gula dan serbuk kayu manis untuk menambah rasa manis dan aroma wangi. Hidangan ini lazimnya dihidangkan bersama pencicah seperti coklat cair atau sos karamel, menjadikannya pilihan snek yang memuaskan. Churros boleh dinikmati pada waktu pagi sebagai sarapan, bersama secawan kopi atau coklat panas.

    BAHAN-BAHAN

    Bercerita secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat churros adalah seperti air, gula, garam, mentega, tepung gandum dan telur.

    Manakala bahan-bahan untuk membuat sos butterscotch adalah seperti mentega, gula perang, garam, dairy whipping cream dan esen vanila.

    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva

    Bahan-bahan untuk sosnya pula seperti dark chocolate, mentega, susu krim penuh (full cream) dan secubit garam.

    CARA PENYEDIAAN

    Cara penyediaannya pula, mula-mula masukkan air, gula garam dan mentega dalam periuk, buka api dan masak sampai gula larut dan air mendidih, setelah itu tuang masuk tepung gandum, perlahankan api dan kacau sampai adunan bergumpal. Apabila doh dah sekata dan berkilat boleh tutup api dan pindah dalam mangkuk. Tekan supaya suhu turun sebelum masukkan telur. Selepas itu masukan telur dalam doh sebiji demi sebiji dan kacau.

    Kemudian masukkan nozzle (bentuk bintang) dalam pipping beg (guna dua keping untuk elak pecah). Setelah itu masukkan doh dalam pipping bag dan paip churros atau kertas baking dan panaskan minyak kemudian goreng churros sampai perang. Selepas itu campurkan gula kastor dengan serbuk kayu manis kemudian salut churros masa suam-suam panas.

    Manakala cara untuk membuat butterscoth pula, mula-mula cairkan butter kemudian masukkan gula perang dan sedikit garam dan masak sampai gula pekat berbuih. Selepas itu tuang masuk dairy whipping cream, esen vanila dan masak sampai pekat dan mendidih.

    Cara untuk membuat sos pencicah coklet pula cairkan mentega, coklat coin dan full cream atas api perlahan sampai larut.

    Sebagai tip tambahan pula, elakkan untuk menggoreng sepenuh kuali, ditakuti nanti churros jadi lembik, serap minyak dan tidak rangup. Selamat mencuba!!

    BAHAN-BAHAN

    • Bahan-bahan churros:
    o 200ml air
    o 12g gula
    o 2g garam
    o 56g mentega
    o 140g tepung gandum
    o 2 biji telur

    • Bahan-bahan sos butterscotch:
    o 113g mentega
    o 220g gula perang
    o garam
    o 200ml dairy whipping cream
    o esen vanila

    • Bahan-bahan sos coklat:
    o 210g dark chocolate coin
    o 56g mentega
    o 1/3 cwn susu full cream
    o garam

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda