Saturday, February 8, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    CIA dedah dokumen Al-Qaeda

    WASHINGTON, 2 Nov – CIA telah mendedahkan sejumlah besar arkib yang mengandungi dokumen Al-Qaeda termasuk diari kepunyaan Osama Bin-Laden, hasil daripada rampasan yang terjadi pada 2011 yang lalu di kawasan Pakistan.

    Arkib tersebut mengandungi gambar yang ditinggalkan oleh pemimpin ekstremis kelahiran Saudi itu dan juga rakaman video termasuk gambar anaknya Hamza.

    “Keluaran hari ini merupakan peluang untuk rakyat Amerika untuk melihat dengan lebih dekat lagi pelan dan tindakan yang dilakukan oleh organisasi pengganas,” kata pengarah CIA, Mike Pompeo.

    CIA telah memaparkan 470,000 dokumen tambahan yang telah dirampas pada Mei 2011 yang lalu apabila tentera laut melancarkan serangan ke atas kawasan AS Abbottabad dan menembak mati pemimpin utama rangkaian Al-Qaeda.

    Menurut Thomas Joscelyn dan Bill Roggio, sarjana dari Pertubuhan Demokrasi Pertahanan telah menemukan petanda baru sebelum dokumen tersebut dikeluarkan.

    Seminar yang diipengerusikan oleh Jurnal FDD Long War yang berlangsung bulan lepas, Pompeo berjanji akan mengeluarkan dokumen Abbottabad yang menunjukkan hubungan Iran-Al Qaeda.

    “Hubungan dan kerjasama di antara rakyat Iran dan Al Qaeda sememangnya pernah berlaku,” tegas ketua perisik AS.

    Pompeo akan mengeluarkan dokumen berkaitan dengan kes yang melibatkan Iran sebagai penyebab keganasan dan mendorong Amerika Syarikat untuk memulakan konflik dengan Tehran. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda